• Skip to main content
  • Skip to primary sidebar
  • Home
  • blog
  • Sanitarian Kit`
  • Kesling Kit
  • Cetakan Jamban
  • Tentang Kami
  • Kontak Kami

Sanitarian Kit

Distributor Sanitarian Kit

RM2.6 juta peruntukan sanitasi awam di Putrajaya

October 25, 2021 by info_zb324480 Leave a Comment

PUTRAJAYA: Sejumlah RM2.6 juta diperuntukkan untuk tujuan sanitasi awam membabitkan pusat pentadbiran kerajaan, di sini, bagi menangani penularan wabak COVID-19.

Menteri Wilayah Persekutuan, Tan Sri Annuar Musa, berkata proses itu perlu kerap dilaksanakan kerana ia membabitkan tempat yang sering dikunjungi orang ramai membabitkan semua jabatan kerajaan, masjid, pusat beli belah serta kawasan awam.

Beliau berkata, semalam Putrajaya mencacatkan sifar kes positif baharu COVID-19 dan pihaknya berhasrat mengekalkan angka itu supaya menjadi contoh negara luar.

“Pihak berkuasa tempatan (PBT) perlu mempunyai perancangan dengan sentiasa menyediakan peruntukan khusus bagi operasi sanitasi awam terutama ketika negara berdepan gelombang ketiga pandemik ini,” katanya ketika sidang media Operasi Sanitasi Awam di Presint 4, di sini, hari ini.DISYORKAN UNTUK ANDA

Operasi berkenaan dijalankan Kementerian Wilayah Persekutuan membabitkan 55 anggota Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM), Alam Flora Sdn Bhd, Perbadanan Putrajaya (PPj), SWCorp Malaysia dan Pejabat Kesihatan Daerah.

Kerja sanitasi dijalankan di kawasan persekitaran bangunan menempatkan Kementerian Pembangunan Luar Bandar (KPLB), Kementerian Komunikasi dan Multimedia, Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) serta Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat.

Mengulas peruntukan dimaksudkan, Annuar berkata ia untuk membeli bahan sanitasi serta kelengkapan perlindungan diri (PPE), selain elaun lebih masa untuk petugas barisan hadapan terbabit.

Beliau berkata, sebanyak 600 Persatuan Penduduk di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan Putrajaya sudah diberi peruntukan khas antara RM2,000 hingga RM3,000 untuk melaksanakan kempen kesedaran bagi meningkatkan pematuhan prosedur operasi standard (SOP) COVID-19.

Sumber : https://www.bharian.com.my/berita/wilayah/2020/10/743620/rm26-juta-peruntukan-sanitasi-awam-di-putrajaya

Filed Under: Uncategorized

Reader Interactions

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Primary Sidebar

Recent Posts

  • Analisis Fasilitas Sanitasi dalam Mencegah Penularan Covid-19 di Rumah Sakit X
  • PENTINGNYA SANITASI LINGKUNGAN DI ERA PANDEMI COVID-19
  • MEMPERKUAT SANITASI DI MASA PANDEMI COVID 19
  • Mencegah Corona: Tindakan Sanitasi yang Dilakukan Bolu Susu Lembang untuk Menjaga Kualitas dan Kebersihan Produk Agar Terhindar dari COVID-19
  • Di Jakarta, Kondisi Sosiodemografi dan Kesehatan Lingkungan Sangat Berpengaruh terhadap Kejadian COVID-19

Recent Comments

    Archives

    • February 2024
    • January 2024
    • December 2023
    • November 2023
    • October 2023
    • September 2023
    • August 2023
    • July 2023
    • June 2023
    • May 2023
    • April 2023
    • March 2023
    • February 2023
    • January 2023
    • December 2022
    • November 2022
    • October 2022
    • September 2022
    • August 2022
    • July 2022
    • June 2022
    • May 2022
    • April 2022
    • March 2022
    • February 2022
    • January 2022
    • November 2021
    • October 2021
    • September 2021
    • August 2021
    • December 2020
    • November 2020
    • October 2020
    • September 2020
    • August 2020
    • July 2020
    • June 2020
    • May 2020
    • April 2020
    • March 2020
    • February 2020
    • January 2020

    Categories

    • kesehatan
    • Sanitarian Kit
    • Uncategorized

    Meta

    • Log in
    • Entries feed
    • Comments feed
    • WordPress.org

    Copyright Indotekhnoplus, Developed by Leads.id