Menteri Kanan (Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, berkata operasi di bawah Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) itu turut membabitkan operasi nyah cemar di 773 bangunan kerajaan; tempat awam (496); pusat perniagaan (422) dan pasar raya (100).
“Selain itu, sebanyak empat Projek Perumahan Rakyat (PPR) turut dinyah cemar semalam menjadikan jumlah keseluruhan PPR terbabit dalam operasi ini kepada 34, membabitkan 34,295 unit rumah,” katanya.
Beliau berkata demikian pada sidang media disiarkan secara langsung selepas Mesyuarat Khas Menteri-Menteri Mengenai Pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan di Putrajaya dekat sini, hari ini.
Sumber : https://www.bharian.com.my/berita/nasional/2020/04/675431/covid-19-171-operasi-sanitasi-awam-di-12-negeri
Leave a Reply